Sunday, October 2, 2011

HILANG STEAM.

Rasa minat menulis blog sudah menurun drastis.  Apa yang jelas tak ramai mahu bersosial kerana silaturrahim saja.

Jadi malas la nak update.  Dah banyak sawang nampaknya!  :)

Tapi masih berminat membaca blog beberapa orang rakan.  Banyak perkongsian yang baik!

Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA

Umat Islam merayakan kejayaan bulan Ramadhan sejak semalam lagi. Sempena hari yang mulia ini, saya serta keluarga turut mengucap selamat kepada semua.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami balik beraya di kampung juga. Memang seronok bersama sanak saudara di kampung halaman. Apalagi kalau yang jumpanya setahun sekali.

SEBULAN TAK BERSIARAN

Sedar tak sedar, rupanya sudah satu bulan tak bersiaran.  Dah datang rasa malas nak menghiasi sesawang ni sebenarnya!

Sunday, July 31, 2011

SEMARAKKAN RAMADHAN YANG MULIA

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini, marilah kita sama-sama memanafaatkan sebaik mungkin. Semoga tahun ini kita akan dapat melakukan ibadah dengan lebih baik lagi.  Amin.

Tentulah paling utama kita mesti memperbaiki iman dan aqidah kita. Elokkan bacaan kalimah syahadah kita dan baiki solat kita juga. Kemudian kita usahkan pula untuk melakukan ibadah-ibadah sunat lain yang termampu.

Mudah-mudahan kita diberkati.  Sekurang-kurangnya biarlah amalan kita diterima.

Selamat berpuasa dan selamat melakukan ibadah-ibadah ya.

Saturday, June 25, 2011

DARI DULU KASTAM GITU

Ada cerita lawak macam maharaja lawak tu juga.  Isi ceritanya ialah kastam sudah lama bentuk budaya, 'periksa mereka, bukan kita!'

Memang benar dari dulu banyak pegawai kastam tidak istiharkan aset mereka.  Kalau istihar, sah tak logika mereka ada terlalu banyak wang dan harta.

Peniaga dan korporat Cina selalu berjenaka, 'tidak susah, ada kawan kastam jaga!'  Maksudnya, walaupun mereka ditangkap untuk satu-satu operasi, semuanya sudah direncana. 

Dari dulu, 'consignment' yang kena cekup jauh lebih rendah nilai dari semua 'consignment' lain yang dilepaskan.  Setiap operasi tangkap dan cekup sudah diberitahu dahulu sebagai wayang untuk orang ramai.

Saturday, June 18, 2011

SESAWANG BERSAWANG

Tidak mudah juga untuk maintain blogger ni rupanya.  Tambah-tambah dengan sistem selalu meragam!

Lebih senang membaca blog dan jenjalan di Maya dari diri sendiri membuat N3 dalam blog sendiri.  Memang itu kenyataannya.

Saturday, May 14, 2011

SAWAN BERAT

Kalau orang terkena sawan biasanya, dalam beberapa jam sawannya akan mereda dan beransur baik.  Tetapi sawan Blogger berlarutan hampir tiga hari lamanya.  Itu pun masih tak pulih sepenuhnya.

Benar kata orang.  Kepandaian manusia memang ada hadnya.  Bila terjadi sesuatu di luar kebiasaan, habis gegabah jadinya.

Saya perhatikan komen saya di blog kengkawan hilang begitu saja.  Penat saja buat tinggal jejak tu!

Anak-anak pula komen, 'Semuanya gratis Ibu .. kena terima saja la!'  Ya jugak! 

Saturday, April 30, 2011

TERUJA DENGAN PERKAHWINAN DI RAJA

Bermacam-macam kemungkinan diramalkan mengenai perkahwinan di raja pewaris takhta England.   Akhirnya semalam dunia menyaksikan perkahwinan yang bersejarah itu.

Ketawa Ria Pengantin
(Ehsan dari DDrfauziah)

Saya mencari-cari gambar untuk dirakamkan di blog saya ini.  Nasib baik la ada kawan seorang yang memang baik hati.  Dengan ehsannya, dapat jugalah.  Alhamdulillah.

Thursday, April 21, 2011

TERINGIN NAK MAKAN

Macam orang kempunan pula.  Sudah tiga hari rasa teringin sangat nak makan masak lemak pisang muda.  Gerai jualan makanan pun tak menjual masakan ini.

Jadi pagi tadi saya pergi ke pasar Chow Kit mencari pisang.  Mahu tak mahu kena buat sendiri saja.

Jadi tengahari puas la makan masak lemak pisang ni.  Oleh sebab terlupa beli udang, taruh ikan bilis dengan tauhu saja.  Lihatlah hidangannya di bawah.


Sunday, April 3, 2011

SAMBAL TEMPE TAUHU

Hari ini, awal-awal pagi dah ada majlis doa selamat dan kesyukuran.  Oleh kerana jamuannya adalah makanan berat, kenyang tu membawa sampai ke tengah hari.

Selepas Zohor tu semua dah lapar la balik.  Semua kata tak boleh tunggu sampai petang.  Nak cepat, jadi masak cincai-cincai saja.

Mula tu buat sambal campur-campur - kentang campur dengan tahu, tempe, ikan bilis dan kacang tanah.  Kemudian goreng telur dadar dan buat sayur tumis campur.  Akhir sekali goreng ikan masin.


Bila perut lapar, nasi pula panas-panas, apa pun rasa sedap.  Habis licin juga!  Hehehe.

Monday, March 28, 2011

DAGING MASAK BERLADO

Kakak di kampung bekalkan juga daging masak berlado ini.  Jadi minggu ni tak payah la buat sendiri lagi.  Tinggal kena panaskan saja.


Sebenarnya anak-anak yang nak sangat makan.  Lama juga saya tak buat.  Bukan pasal apa pun.  Sekadar malas saja.

Bila balik kampung mereka mengadu dengan Mak Ngah mereka yang selalu suka manjakan mereka.  Apa lagi,  orang tua tu buatkanlah.

Bukan sedikit pula.  Itu yang berlebih-lebih sampai boleh dibekalkan untuk dibawa balik ke rumah.  Aduh!

Friday, March 18, 2011

KENAPA MINUM COKE & LAIN-LAIN MINUMAN BERGAS?

Kalau di tanya pada mana-mana pakar diet dan pakar kesihatan, minuman bergas memang tidak termasuk di dalam senarai minuman sihat.  Tapi tetap saja begitu ramai orang minuman bergas ini seperti Coke, 7UP dan Pepsi.  Malah mereka pakar diet dan pakar kesihatan sendiri pun ramai yang ikut minum.

Jelas ia menjadi gaya hidup manusia.  Kenapa begitu ya?  Jelas-jelas yang tidak baik untuk kesihatan juga yang menjadi pilihan.

Pasti mulanya ikut-ikutan ketika terasa haus.  Lepas tu menjadi kebiasaan kerana bekalannya mudah dan harganya tidak dirasai sebagai beban.

Keinginan dan kebiasaan ini semestinya dilawan kerana kesan negatifnya aalah jauh lebih tinggi.  Umpamanya ada terlalu banyak gula di dalam minuman bergas.

Mengikut fakta statistik, kandungan gula dalam satu tin minuman bergas adalah 8 - 9 sudu.  Ini berkali ganda tingginya dari minuman manis biasa yang mengandungi 1 - 2 sudu gula saja. 

Sunday, March 6, 2011

KELUAR KOTA RAMAI-RAMAI

Seronok juga sekali-sekali keluar kota bersama kawan-kawan lama serta keluarga masing-masing.  Kali ini lebih ramai bersetuju untuk pergi ke Bukit Merah Town Resort di Perak sana.  Seramai sebelas keluarga turut ikut bersama.

Macam-macam aktiviti telah dijalankan.  Tetapi tak boleh la pulak nak menunjukkan gambar di sini sebab aktiviti ini melibatkan beberapa VIPs yang tidak suka dipublisitikan.  Memang kami semua terikat dengan janji yang telah diikrarkan.

Kalau rajin, mungkin saya cuba cari gambar yang tidak ada seorang pun VIP-VIP berkenaan.  Mungkin sukar juga sebab banyak gambar diambil secara berkumpulan.

Apapun, hujung minggu ini menceriakan kami sekeluarga.

Tuesday, March 1, 2011

KUEH TALAM TAK BERAPA NAK JADI!

Sudah beberapa hari rasa teringin nak makan kueh talam buatan sendiri.  Akhirnya semalam barulah dapat membuatnya.

Kueh Talam

Walaupun sukatannya betul, tapi bahagian bawah jadi lembek dan kurang kental.  Tak tahulah apa sebab sebenarnya.

Mungkin Datin G boleh bantu.  Lupa nak tanya padanya.  Tunggu beliau respon di sini saja la.  Hehe.

Monday, February 21, 2011

INSAF MENCARI KEREDHAAN

Bagi saya berita ini adalah sesuatu yang harus dialu-alukan.  Berita yang dimaksudkan ialah berita mengenai artis Bob Lokman di laman facebook iaitu seperti berikut:
Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau terus mendapat keredhaan Allah SWT.

Tuesday, February 15, 2011

HARI MAULIDUR RASUL

Selawat dan salam terbaik ke atas Nabi Junjungan kita.  Esok umat Islam akan mengingati hari keputraan Baginda.

Dua orang anak-anak pula merungut-rungut kerana terpaksa ikut berarak sempena menyambut hari keputraan Rasulullah saw esok hari.  Bukan mereka tak mengingati dan menghormati Baginda Junjungan, tapi dirasakan caranya tidak kena.

Mereka terpaksa berada di Putrajaya pada pukul 4.30 - 5.00 pagi.  Katanya acara perarakan akan bermula selepas solat Subuh.

Ulama-ulama kita sudah terkunci mulut agaknya.  Bukan begini caranya kita menghormati Nabi Junjungan kita.

Saya ingat lagi pesanan orang-orang yang berilmu.  Mengikut mereka ini amalan terbaik ialah dengan menggandakan amalan baik seperti berpuasa, mengadakan majlis ilmu dan doa selamat.

Tuesday, February 8, 2011

'THE BACHELORETTE'

Seminggu ini kalangan kawan-kawan asyik bercerita tentang siri mencari jodoh iaitu rancangan 'The Bachelor' dan 'The Bachelorette' yang disiarkan di Astro.  Bunyinya pelek.  Jadi saya pun ikut tengok juga.

Rupanya ada insan-insan yang sanggup melakukan begitu.  Mungkin la kerana budaya merea membolehkan pelukan dan ciuman di antara lelaki dan perempuan sewenangnya saja.

Tapi rasa geli pula melihat 'bachelor & bachelorette' tu boleh bertukar-tukar pasangan dengan berlainan orang sebagai teman asmaranya dalam misi mencari pasangan hidup yang sesuai untuk dirinya.  Lebih-lebih lagi bagi rancangan di mana seorang perempuan mencari calon suami dari kalangan yang bermula dengan 25 orang lelaki.

Biarpun merea bukan Islam, dari segi moral saja pun rasanya amat janggal.  Jelas nampak amat murahan!

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CHINA

Besok adalah tahun baru China dan rakyat berketurunan China akan merayakan tahun arnab.  Dengan kesempatan ini saya pun nak ucapkan selamat juga.

SELAMAT TAHUN BARU ARNAB 2011
Semoga Ceria Bahagia

Sama-samalah kita meraikannya.  Cuti panjang la kita membawa ke hujung minggu ni.  Best la tu!  :)

Thursday, January 20, 2011

LEPAK HARI CUTI

Kata suami dan anak-anak hari ni cuti-cuti duduk rumah sajalah.  Bukan apa selalunya setiap tahun mereka sedih melihat seperti berlaku penderaan terhadap sesama insan dan kanak-kanak di hari Thaipusam.  Nak diapakan kerana itu kepercayaan mereka.

Bila duduk rumah sepanjang hari tu, memang tak cukup dengan makan nasi.  Ada nak makan snek dan ada nak makan kueh.

Hari ini rasa rajin pula sedikit.  Jadi saya buat ketayap untuk makan petang.  Abahnya teringin pulak nak makan pulut inti.  Ada sedikit beras pulut tu, jadi dimasak jugalah.  Sudikanlah makan bersama.  Hehe.


Friday, January 7, 2011

ANTARA DRAMA MALAYSIA DAN SINETRON INDONESIA

Sekarang ini sepertinya drama Malaysia bersaing dengan sinetron Indonesia di kaca TV.  Ada yang cerita baru, ada pulak cerita yang sudah diulang tayang dan kitar semula berkali-kali.

Ada cerita tu langsung tak ada kelas - cerita merapu entah apa-apa.  Tapi kalau kita amati, kebanyakan drama Indonesia mempunyai isi dan mutu lakonan yang lebih baik.  Tak hairanlah ramai penonton banyak menonton sinetron Indonesia.

Semasa makan di kedai-kedai atau restorn makan, pihak peniaga memilih untuk buka stesyen TV yang menayangkan cerita Indonesia.  Pelanggan pun senang turut sambil menonton semasa makan tu.  Begitu juga dengan pekerja-pekerja restoran yang rakyat Indonesia - mereka pun turut curi-curi nonton.

Apa nak buat, itu memng hakikat.  Cerita drama Malaysia kurang menarik minat.