Monday, February 21, 2011

INSAF MENCARI KEREDHAAN

Bagi saya berita ini adalah sesuatu yang harus dialu-alukan.  Berita yang dimaksudkan ialah berita mengenai artis Bob Lokman di laman facebook iaitu seperti berikut:
Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga beliau terus mendapat keredhaan Allah SWT.

Tuesday, February 15, 2011

HARI MAULIDUR RASUL

Selawat dan salam terbaik ke atas Nabi Junjungan kita.  Esok umat Islam akan mengingati hari keputraan Baginda.

Dua orang anak-anak pula merungut-rungut kerana terpaksa ikut berarak sempena menyambut hari keputraan Rasulullah saw esok hari.  Bukan mereka tak mengingati dan menghormati Baginda Junjungan, tapi dirasakan caranya tidak kena.

Mereka terpaksa berada di Putrajaya pada pukul 4.30 - 5.00 pagi.  Katanya acara perarakan akan bermula selepas solat Subuh.

Ulama-ulama kita sudah terkunci mulut agaknya.  Bukan begini caranya kita menghormati Nabi Junjungan kita.

Saya ingat lagi pesanan orang-orang yang berilmu.  Mengikut mereka ini amalan terbaik ialah dengan menggandakan amalan baik seperti berpuasa, mengadakan majlis ilmu dan doa selamat.

Tuesday, February 8, 2011

'THE BACHELORETTE'

Seminggu ini kalangan kawan-kawan asyik bercerita tentang siri mencari jodoh iaitu rancangan 'The Bachelor' dan 'The Bachelorette' yang disiarkan di Astro.  Bunyinya pelek.  Jadi saya pun ikut tengok juga.

Rupanya ada insan-insan yang sanggup melakukan begitu.  Mungkin la kerana budaya merea membolehkan pelukan dan ciuman di antara lelaki dan perempuan sewenangnya saja.

Tapi rasa geli pula melihat 'bachelor & bachelorette' tu boleh bertukar-tukar pasangan dengan berlainan orang sebagai teman asmaranya dalam misi mencari pasangan hidup yang sesuai untuk dirinya.  Lebih-lebih lagi bagi rancangan di mana seorang perempuan mencari calon suami dari kalangan yang bermula dengan 25 orang lelaki.

Biarpun merea bukan Islam, dari segi moral saja pun rasanya amat janggal.  Jelas nampak amat murahan!

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CHINA

Besok adalah tahun baru China dan rakyat berketurunan China akan merayakan tahun arnab.  Dengan kesempatan ini saya pun nak ucapkan selamat juga.

SELAMAT TAHUN BARU ARNAB 2011
Semoga Ceria Bahagia

Sama-samalah kita meraikannya.  Cuti panjang la kita membawa ke hujung minggu ni.  Best la tu!  :)