Macam orang kempunan pula. Sudah tiga hari rasa teringin sangat nak makan masak lemak pisang muda. Gerai jualan makanan pun tak menjual masakan ini.
Jadi pagi tadi saya pergi ke pasar Chow Kit mencari pisang. Mahu tak mahu kena buat sendiri saja.
Jadi tengahari puas la makan masak lemak pisang ni. Oleh sebab terlupa beli udang, taruh ikan bilis dengan tauhu saja. Lihatlah hidangannya di bawah.



