Thursday, January 20, 2011

LEPAK HARI CUTI

Kata suami dan anak-anak hari ni cuti-cuti duduk rumah sajalah.  Bukan apa selalunya setiap tahun mereka sedih melihat seperti berlaku penderaan terhadap sesama insan dan kanak-kanak di hari Thaipusam.  Nak diapakan kerana itu kepercayaan mereka.

Bila duduk rumah sepanjang hari tu, memang tak cukup dengan makan nasi.  Ada nak makan snek dan ada nak makan kueh.

Hari ini rasa rajin pula sedikit.  Jadi saya buat ketayap untuk makan petang.  Abahnya teringin pulak nak makan pulut inti.  Ada sedikit beras pulut tu, jadi dimasak jugalah.  Sudikanlah makan bersama.  Hehe.


Friday, January 7, 2011

ANTARA DRAMA MALAYSIA DAN SINETRON INDONESIA

Sekarang ini sepertinya drama Malaysia bersaing dengan sinetron Indonesia di kaca TV.  Ada yang cerita baru, ada pulak cerita yang sudah diulang tayang dan kitar semula berkali-kali.

Ada cerita tu langsung tak ada kelas - cerita merapu entah apa-apa.  Tapi kalau kita amati, kebanyakan drama Indonesia mempunyai isi dan mutu lakonan yang lebih baik.  Tak hairanlah ramai penonton banyak menonton sinetron Indonesia.

Semasa makan di kedai-kedai atau restorn makan, pihak peniaga memilih untuk buka stesyen TV yang menayangkan cerita Indonesia.  Pelanggan pun senang turut sambil menonton semasa makan tu.  Begitu juga dengan pekerja-pekerja restoran yang rakyat Indonesia - mereka pun turut curi-curi nonton.

Apa nak buat, itu memng hakikat.  Cerita drama Malaysia kurang menarik minat.