Selawat dan salam terbaik ke atas Nabi Junjungan kita. Esok umat Islam akan mengingati hari keputraan Baginda.
Dua orang anak-anak pula merungut-rungut kerana terpaksa ikut berarak sempena menyambut hari keputraan Rasulullah saw esok hari. Bukan mereka tak mengingati dan menghormati Baginda Junjungan, tapi dirasakan caranya tidak kena.
Mereka terpaksa berada di Putrajaya pada pukul 4.30 - 5.00 pagi. Katanya acara perarakan akan bermula selepas solat Subuh.
Ulama-ulama kita sudah terkunci mulut agaknya. Bukan begini caranya kita menghormati Nabi Junjungan kita.
Saya ingat lagi pesanan orang-orang yang berilmu. Mengikut mereka ini amalan terbaik ialah dengan menggandakan amalan baik seperti berpuasa, mengadakan majlis ilmu dan doa selamat.
5 comments:
Salam Raisa.
Ya, selawat salam ke atas Baginda.
Mari kita lebihkan amalan baik.
Salam.
Kita berselawat ke atas Baginda & keluarga.
Salam Raisa.
Teruskan dengan amalan berselawat sebagai tanda kasih kepada Baginda.
Salam Raisa.
Ingat Rasulullah sepanjang hayat!
Salam Raisa.
Amalan selawat adalah untu kebaikan kita juga.
Post a Comment