Hari ini, awal-awal pagi dah ada majlis doa selamat dan kesyukuran. Oleh kerana jamuannya adalah makanan berat, kenyang tu membawa sampai ke tengah hari.
Selepas Zohor tu semua dah lapar la balik. Semua kata tak boleh tunggu sampai petang. Nak cepat, jadi masak cincai-cincai saja.
Mula tu buat sambal campur-campur - kentang campur dengan tahu, tempe, ikan bilis dan kacang tanah. Kemudian goreng telur dadar dan buat sayur tumis campur. Akhir sekali goreng ikan masin.
Mula tu buat sambal campur-campur - kentang campur dengan tahu, tempe, ikan bilis dan kacang tanah. Kemudian goreng telur dadar dan buat sayur tumis campur. Akhir sekali goreng ikan masin.

Bila perut lapar, nasi pula panas-panas, apa pun rasa sedap. Habis licin juga! Hehehe.
10 comments:
Salam Raisa.
Saya pun kadang2 gitu jugak!
Aslmkm.
Cik suka sambal campur ni la. Hehe.
Salam Raisa.
Masak gini2 best jugak!
Salam Raisa.
Hmm, boleh lah!
Aslmkm.
Biasanya I beli jer 4 my mum.
Kalau I rajin, I terus buat sambal Jawa ... kan lebih banyak lauknya. :)
Salam kenal.
Tq kerana memberi sokongan.
Salam Raisa.
Lagi senang beli .. tahan juga dua tiga hari.
Salam Raisa.
Saya makan saja! Hehe.
Salam kenal.
Masakan jawa ni kan?
Post a Comment