Showing posts with label Ucapan Doa Serta Harapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Doa Serta Harapan. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA

Umat Islam merayakan kejayaan bulan Ramadhan sejak semalam lagi. Sempena hari yang mulia ini, saya serta keluarga turut mengucap selamat kepada semua.

شلآمت هاري راي عيدالفطري
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kami balik beraya di kampung juga. Memang seronok bersama sanak saudara di kampung halaman. Apalagi kalau yang jumpanya setahun sekali.

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CHINA

Besok adalah tahun baru China dan rakyat berketurunan China akan merayakan tahun arnab.  Dengan kesempatan ini saya pun nak ucapkan selamat juga.

SELAMAT TAHUN BARU ARNAB 2011
Semoga Ceria Bahagia

Sama-samalah kita meraikannya.  Cuti panjang la kita membawa ke hujung minggu ni.  Best la tu!  :)

Friday, December 31, 2010

MELANGKAH KE TAHUN 2011

Tahun 2010 melabuhkan tirai.  Kini tahun 2011 melangkah datang.  Tahun demi tahun berjalan begitu pantas dan semakin hampir pula kita kepenghujung jalan dalam meniti usia diri.

Bila menghisap sendiri pun rasa bukan cemerlang prestasi diri.  Semakin takut pula rasanya.  Jadi semakin kuat azam untuk mempertingkatkan tahap keimanan dan amalan.

Sempena tahun baru, saya mahu turut mengucapkan selamat kepada semua.  Semoga kita semua dapat menghadapi tahun ini dengan lebih baik lagi.
SELAMAT
TAHUN BARU 2011

Friday, September 10, 2010

HARI RAYA

شلآمت هاري راي عيدالفطري
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Umat Islam merayakan kejayaan bulan Ramadhan pada hari ini.  Sempena hari yang mulia ini, saya serta keluarga turut bergembira bersama sanak saudara di kampung halaman..  Sibuk juga melayan mereka saya datang beraya.  Sebenarnya sibuk saling bercerita! :)

Thursday, May 27, 2010

AL FATIHAH UNTUK P RAMLEE

Mungkin saya di antara berjuta yang amat kagum dengan Allahyarham P Ramlee.  Legenda yang begitu unik dengan keistimewaannya yang  tersendiri.

Saya sentiasa terbayang wajahnya.  Tentu sekali saya suka lagu-lagunya dan filem-filemnya.  Walaupun filemnya ditayang berulang kali dan lagunya diputar berkali, saya tetap suka dan teruja.  Terima kasih diatas segala jasa memberi sinar kepada hidup ramai rakyat Malaysia serta Singapura juga.

Beberapa hari lepas saya berkunjung ke rumahnya yang dijadikan Pustaka Peringatan P Ramlee bersama-sama anak-anak.  Saya masih terpegun dengan semua hasil kerjanya.  Sekali ini saya amat tertarik dengan potrait beliau semasa berumur 18 tahun serta potrait bersama Allahyarhamah Saloma seperti di bawah.

P Ramlee Di Usia 18 Tahun

Pasangan P Ramlee & Saloma

Selepas Subuh hari ini genaplah 37 tahun Allahyarham meninggal dunia.  Beliau meninggal selepas solat Subuh pada 27 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Yassin dan Al Fatihah kepadanya.  Semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin, amin, amin.