Sedar tak sedar, rupanya sudah satu bulan tak bersiaran. Dah datang rasa malas nak menghiasi sesawang ni sebenarnya!
Showing posts with label Cerita Sendiri/Famili. Show all posts
Showing posts with label Cerita Sendiri/Famili. Show all posts
Wednesday, August 31, 2011
Sunday, March 6, 2011
KELUAR KOTA RAMAI-RAMAI
Seronok juga sekali-sekali keluar kota bersama kawan-kawan lama serta keluarga masing-masing. Kali ini lebih ramai bersetuju untuk pergi ke Bukit Merah Town Resort di Perak sana. Seramai sebelas keluarga turut ikut bersama.
Macam-macam aktiviti telah dijalankan. Tetapi tak boleh la pulak nak menunjukkan gambar di sini sebab aktiviti ini melibatkan beberapa VIPs yang tidak suka dipublisitikan. Memang kami semua terikat dengan janji yang telah diikrarkan.
Kalau rajin, mungkin saya cuba cari gambar yang tidak ada seorang pun VIP-VIP berkenaan. Mungkin sukar juga sebab banyak gambar diambil secara berkumpulan.
Apapun, hujung minggu ini menceriakan kami sekeluarga.
Saturday, November 13, 2010
SIPUT NENAS
Hari ini rasa teringin nak makan siput sedut pulak. Bila ke pasar tani tadi, ada pulak rezeki. Jadi menu hari ini termasuklah siput masak lemak nenas seperti gambar di bawah.

SIPUT MASAK LEMAK NENAS
Rasa puas dengan masakan yang lemak-lemak masam manis ini. Sebenarnya selepas dah makan dan tinggal hampir separuh baru teringat nak ambil gambar. Hehe.
Malangnya tak ada seorang pun dari anak-anak yang suka siput ini. Menyentuh masakan ini pun mereka tak mahu. Jadi ayah dan ibu sajalah yang terpaksa menghabiskan sekilo setengah siput dengan separuh nenas.
Friday, September 24, 2010
MEMANG RAYA SEBULAN
Hari ini ada saudara lain pula telefon nak datang beraya pada hari minggu esok. Nak kata apa. Memang betul Raya sebulan.
Saya nak buat lontong resipi rakan blogger ddrfauziah. Nampak menyelerakan dan kerjanya tak susah sangat.
Yang lecenya mereka ada permintaan pula tu. Mereka nak makan bingka ubi kayu. Ada ke nak datang beraya nak makan bingka ubi kayu. Aduh!
Sunday, September 19, 2010
ORANG MASIH BERAYA
Saya ingatkan hari ini nak la rehat-rehat dan pergi ke rumah terbuka yang diundang tu. Tapi awal pagi saudara telefon kata nak datang beraya. Aduh, potong steam betul.
Apa nak buatkan. Mahu tak mahu kena jugalah siapkan juadah sebab mereka sudah telefon dulu. Tak buat karang, nampak sangat macam kita tak hormatkan tetamu.
Anak kata pergi beli satay saja cukuplah. Tetapi mereka yang nak datang tu besar keluarganya iaitu ada dalam 20 orang. Jadi kalau sediakan makanan kenalah dalam kuantiti yang banyak.
Jadi saya putuskan untuk goreng bihun dan buat agar-agar lumut saja. Kueh raya pun ada lagi.
Sunday, September 5, 2010
IKUT BUAT BISKUT RAYA
Mahu tak mahu, nampaknya tahun ni kena buat biskut raya sendiri jugalah. Ikutkan rasa tu memang malas. Tetapi biskut yang dijual mahal dan tak sedap. Saya beli dua jenis tempuhari, RM 40 tiap satu balang yang berisi dalam 40 biji biskut. Anak tak dapat habiskan sebiji pun.
Oleh kerana mereka tidak gemar dengan biskut yang dibeli tu, mereka turut membantu buat kueh hari ni. Sekaligus, kita orang buat tiga jenis, bermula sejak selepas solat Subuh tadi. Kira-kira cukuplah untuk hidangan Hari Raya nanti kerana kawan telah janji untuk menjual satu jenis biskutnya juga.
Anak-anak kata nanti kita cuma buatkan kek dan ketupat serta rendang saja. Banyak kerja juga tu!
Wednesday, June 30, 2010
SEDIH TAK BERKEMBANG
Saya rasa sedih sebab tak ramai pun bloggers yang mahu jadi pengikut dan kawan saya. Hanya sebilangan kecil saja yang sudi. Sudah masuk berbulan tapi masih tak berkembang juga.
Agaknya blog saya tidak menarik. Saya memang tak pandai berhias sangat, dan di waktu yang sama saya memang suka yang simple.
Kepada yang telah singgah dan buat blogwalking tu harap sudi tinggal komen untuk saya dapat memperbaiki. Saya dahulukan dengan ucapan berbanyak terima kasih.
Monday, May 24, 2010
IKAN BELUT
Hari ini baru tahu laksa Perlis menggunakan ikan belut untuk membuat kuahnya. Ingatkan orang saja-saja buat cerita saja supaya ramai orang tak makan. Rupa-rupanya betul.
Setelah bertahun-tahun makan laksa ini, baru hari inilah saya tahu yang sebenarnya laksa itu menggunakan belut. Aduh! Tapi kira sedap la ikan belut ni. Namun, jika dihidangkan ikan belut, sudah pasti saya tak makan.
Sudah berapa kali kawan saya yang anaknya menuntut di Jepun memberikan saya snek ikan belut yang 'ready-to-eat' itu. Saya tak pernah rasa pun kerana geli. Suami saya yang habiskan.
Sekarang baru saya percaya juga dengan kenyataan bahawa ikan belut lemak. Agaknya ada rasa seperti ikan haruan.
Wednesday, May 19, 2010
MACAM-MACAM JADI
Saya rasa rindu pula. Dah hampir dua minggu rasanyer saya tak berkesempatan bersama-sama di Maya ini. Macam-macam perkara yang berlaku.
Pertama sekali modem saya rosak. Tunggu mereka datang mengecek pun sampai tiga hari. Selepas itu rupanya masaalah ini berpunca dari wiring yang telah rosak. Panggil technician pula dua tiga hari baru dapat datang.
Selepas wayar dan modem dah OK, PC pulak ada masaalah. Ada kerosakan CPU akibat daripada kejutan kerosakan modem dan wiring katanya. Tambah lagi dua tiga hari.
Minggu ini pula, ibu saya telah jatuh sakit. Terpaksa pula berulang-alik ke Hospital kerana Mak masuk Wad.
Alhamdulillah, hari ini beliau telah dibenarkan pulang. Mak sudah kembali sihat. Tetapi beliau dah berumur, jadi kelihatan seperti lemah. Kak Long bawa balik ke rumahnya.
Alhamdulillah, hari ini beliau telah dibenarkan pulang. Mak sudah kembali sihat. Tetapi beliau dah berumur, jadi kelihatan seperti lemah. Kak Long bawa balik ke rumahnya.
Jadi hari ini ada barulah ada masa dan ruang untuk ke sini. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)