Monday, March 28, 2011

DAGING MASAK BERLADO

Kakak di kampung bekalkan juga daging masak berlado ini.  Jadi minggu ni tak payah la buat sendiri lagi.  Tinggal kena panaskan saja.


Sebenarnya anak-anak yang nak sangat makan.  Lama juga saya tak buat.  Bukan pasal apa pun.  Sekadar malas saja.

Bila balik kampung mereka mengadu dengan Mak Ngah mereka yang selalu suka manjakan mereka.  Apa lagi,  orang tua tu buatkanlah.

Bukan sedikit pula.  Itu yang berlebih-lebih sampai boleh dibekalkan untuk dibawa balik ke rumah.  Aduh!

Friday, March 18, 2011

KENAPA MINUM COKE & LAIN-LAIN MINUMAN BERGAS?

Kalau di tanya pada mana-mana pakar diet dan pakar kesihatan, minuman bergas memang tidak termasuk di dalam senarai minuman sihat.  Tapi tetap saja begitu ramai orang minuman bergas ini seperti Coke, 7UP dan Pepsi.  Malah mereka pakar diet dan pakar kesihatan sendiri pun ramai yang ikut minum.

Jelas ia menjadi gaya hidup manusia.  Kenapa begitu ya?  Jelas-jelas yang tidak baik untuk kesihatan juga yang menjadi pilihan.

Pasti mulanya ikut-ikutan ketika terasa haus.  Lepas tu menjadi kebiasaan kerana bekalannya mudah dan harganya tidak dirasai sebagai beban.

Keinginan dan kebiasaan ini semestinya dilawan kerana kesan negatifnya aalah jauh lebih tinggi.  Umpamanya ada terlalu banyak gula di dalam minuman bergas.

Mengikut fakta statistik, kandungan gula dalam satu tin minuman bergas adalah 8 - 9 sudu.  Ini berkali ganda tingginya dari minuman manis biasa yang mengandungi 1 - 2 sudu gula saja. 

Sunday, March 6, 2011

KELUAR KOTA RAMAI-RAMAI

Seronok juga sekali-sekali keluar kota bersama kawan-kawan lama serta keluarga masing-masing.  Kali ini lebih ramai bersetuju untuk pergi ke Bukit Merah Town Resort di Perak sana.  Seramai sebelas keluarga turut ikut bersama.

Macam-macam aktiviti telah dijalankan.  Tetapi tak boleh la pulak nak menunjukkan gambar di sini sebab aktiviti ini melibatkan beberapa VIPs yang tidak suka dipublisitikan.  Memang kami semua terikat dengan janji yang telah diikrarkan.

Kalau rajin, mungkin saya cuba cari gambar yang tidak ada seorang pun VIP-VIP berkenaan.  Mungkin sukar juga sebab banyak gambar diambil secara berkumpulan.

Apapun, hujung minggu ini menceriakan kami sekeluarga.

Tuesday, March 1, 2011

KUEH TALAM TAK BERAPA NAK JADI!

Sudah beberapa hari rasa teringin nak makan kueh talam buatan sendiri.  Akhirnya semalam barulah dapat membuatnya.

Kueh Talam

Walaupun sukatannya betul, tapi bahagian bawah jadi lembek dan kurang kental.  Tak tahulah apa sebab sebenarnya.

Mungkin Datin G boleh bantu.  Lupa nak tanya padanya.  Tunggu beliau respon di sini saja la.  Hehe.