Friday, March 18, 2011

KENAPA MINUM COKE & LAIN-LAIN MINUMAN BERGAS?

Kalau di tanya pada mana-mana pakar diet dan pakar kesihatan, minuman bergas memang tidak termasuk di dalam senarai minuman sihat.  Tapi tetap saja begitu ramai orang minuman bergas ini seperti Coke, 7UP dan Pepsi.  Malah mereka pakar diet dan pakar kesihatan sendiri pun ramai yang ikut minum.

Jelas ia menjadi gaya hidup manusia.  Kenapa begitu ya?  Jelas-jelas yang tidak baik untuk kesihatan juga yang menjadi pilihan.

Pasti mulanya ikut-ikutan ketika terasa haus.  Lepas tu menjadi kebiasaan kerana bekalannya mudah dan harganya tidak dirasai sebagai beban.

Keinginan dan kebiasaan ini semestinya dilawan kerana kesan negatifnya aalah jauh lebih tinggi.  Umpamanya ada terlalu banyak gula di dalam minuman bergas.

Mengikut fakta statistik, kandungan gula dalam satu tin minuman bergas adalah 8 - 9 sudu.  Ini berkali ganda tingginya dari minuman manis biasa yang mengandungi 1 - 2 sudu gula saja. 

6 comments:

Zizaq said...

Salam Raisa.
Habit yang tidak sihat la!

RAM said...

Salam Raisa.
Antara punca diabetes!

ROHA said...

salam raisa.
yang tak boleh tu yang suker! Jahatnya manusia!

Sanna said...

Salam Raisa.
Bila dah jadi kebiasaan, susah nak ditinggalkan1

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Yang buruk pun, jika sudah menjadi habit, sukar dibuang!
Sama2lah kita usahakan lakukan yang terbaik ya.

KERI said...

Salam Raisa.
Sudah sedar .. kurangkan perlahan-lahan!