Monday, May 24, 2010

IKAN BELUT

Hari ini baru tahu laksa Perlis menggunakan ikan belut untuk membuat kuahnya.  Ingatkan orang saja-saja buat cerita saja supaya ramai orang tak makan.  Rupa-rupanya betul.

Setelah bertahun-tahun makan laksa ini, baru hari inilah saya tahu yang sebenarnya laksa itu menggunakan belut.  Aduh!  Tapi kira sedap la ikan belut ni.  Namun, jika dihidangkan ikan belut, sudah pasti saya tak makan.

Sudah berapa kali kawan saya yang anaknya menuntut di Jepun memberikan saya snek ikan belut yang 'ready-to-eat' itu.  Saya tak pernah rasa pun kerana geli.  Suami saya yang habiskan.

Sekarang baru saya percaya juga dengan kenyataan bahawa ikan belut lemak.  Agaknya ada rasa seperti ikan haruan.

3 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm Raisa.
Hehehe ... kira fobia la ni?

SITIJA said...

Salam Raisa.
Saya juga geli dgn belut .. tp kalau tak tahu lain le cerita kan? :)

BID said...

Aslmkm.
Ehhh .. ada cam rupa antara ikan keli & ular kan? Geli! Geli!