Sunday, September 19, 2010

ORANG MASIH BERAYA

Saya ingatkan hari ini nak la rehat-rehat dan pergi ke rumah terbuka yang diundang tu.  Tapi awal pagi saudara telefon kata nak datang beraya.  Aduh, potong steam betul.

Apa nak buatkan.  Mahu tak mahu kena jugalah siapkan juadah sebab mereka sudah telefon dulu.  Tak buat karang, nampak sangat macam kita tak hormatkan tetamu.

Anak kata pergi beli satay saja cukuplah.  Tetapi mereka yang nak datang tu besar keluarganya iaitu ada dalam 20 orang.  Jadi kalau sediakan makanan kenalah dalam kuantiti yang banyak.

Jadi saya putuskan untuk goreng bihun dan buat agar-agar lumut saja.  Kueh raya pun ada lagi.

7 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Insya Allah tiap tetamu datang dengan nikmat & rezeki untuk tuan rumah.

RAISA said...

Wkmslm G.
Tu yg ada orang komen - dah jamu orang maknanya rezeki pergi! Hehe.
G, rupernya susah juga nak dapat kawan blogger yg mahu berkawan dgn kita ya?

BID said...

Aslmkm.
Hehe .. jamu2 ni banyak belanja wo!

ROHA said...

Salam.
Raya kan sebulan! Hehe.

Panglima Muda said...

satay....aduh saya sangat suka tu

Zizaq said...

Salam Raisa.
Jamu jangan tak jamu! :)

RAISA said...

Salam kepada semua pengujung.
Terima kasih byk ya kerana sudi.