Wednesday, May 19, 2010

MACAM-MACAM JADI

Saya rasa rindu pula.  Dah hampir dua minggu rasanyer saya tak berkesempatan bersama-sama di Maya ini.  Macam-macam perkara yang berlaku.

Pertama sekali modem saya rosak.  Tunggu mereka datang mengecek pun sampai tiga hari.  Selepas itu rupanya masaalah ini berpunca dari wiring yang telah rosak.  Panggil technician pula dua tiga hari baru dapat datang.

Selepas wayar dan modem dah OK, PC pulak ada masaalah.  Ada kerosakan CPU akibat daripada kejutan kerosakan modem dan wiring katanya.  Tambah lagi dua tiga hari.

Minggu ini pula, ibu saya telah jatuh sakit.  Terpaksa pula berulang-alik ke Hospital kerana Mak masuk Wad. 

Alhamdulillah, hari ini beliau telah dibenarkan pulang.  Mak sudah kembali sihat.  Tetapi beliau dah berumur, jadi kelihatan seperti lemah.  Kak Long bawa balik ke rumahnya.

Jadi hari ini ada barulah ada masa dan ruang untuk ke sini. :)

3 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Kesiannyer! Tp kekadang gitu ... dugaan je utk menaikkan tahap keimanan kita. Bila begitu byk2 berastaghfar, zikir & selawat.

SITIJA said...

Salam.
Saya turut simpati.

Zizaq said...

Salam.
Sabar je le.