Mungkin saya di antara berjuta yang amat kagum dengan Allahyarham P Ramlee. Legenda yang begitu unik dengan keistimewaannya yang tersendiri.
Saya sentiasa terbayang wajahnya. Tentu sekali saya suka lagu-lagunya dan filem-filemnya. Walaupun filemnya ditayang berulang kali dan lagunya diputar berkali, saya tetap suka dan teruja. Terima kasih diatas segala jasa memberi sinar kepada hidup ramai rakyat Malaysia serta Singapura juga.
Beberapa hari lepas saya berkunjung ke rumahnya yang dijadikan Pustaka Peringatan P Ramlee bersama-sama anak-anak. Saya masih terpegun dengan semua hasil kerjanya. Sekali ini saya amat tertarik dengan potrait beliau semasa berumur 18 tahun serta potrait bersama Allahyarhamah Saloma seperti di bawah.

P Ramlee Di Usia 18 Tahun

Pasangan P Ramlee & Saloma
Selepas Subuh hari ini genaplah 37 tahun Allahyarham meninggal dunia. Beliau meninggal selepas solat Subuh pada 27 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Yassin dan Al Fatihah kepadanya. Semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin, amin, amin.
5 comments:
Aslmkm.
Nampak ceria, tp menanggung derita kerana cintakan seni. :(
Al Fatihah.
Salam.
Al Fatihah. Semoga diberkati.
Aslmkm.
Al Fatihah.
Salam.
Al Fatihah. Semoga Allahyarham terus dirahmati, amin.
Aslmkm.
Al Fatihah, amin. Selalulah teruskan sedekah untuk arwah.
Post a Comment