Monday, May 31, 2010

KEJAMNYA REJIM ISRAEL

Kita dikejutkan dengan berita bahawa konvoi keselamatan ke Palestin yang masih di dalam perairan antarabangsa telah diserang awal pagi ini waktu kita.  Ini adalah petikan berita terkini mengenai misi bantuan Palestin yang saya petik dari berita on-line dari saluran AFP:

BANDAR GAZA 31 Mei – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, kebanyakan mereka rakyat Turki, apabila tentera laut rejim Israel menyerang flotila kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin, kata badan kebajikan Turki, IHH yang terlibat dalam penganjuran bantuan tersebut.

Mohammed Kaya, yang mengetuai cawangan IHH di sini, berkata: “Lima belas orang terbunuh dalam serangan tersebut, kebanyakan mereka warganegara Turki.”

 Kenapa misi yang hanya membawa bekalan barang keperluan diserang oleh rejim Israel.  Telah berkali-kali ditegaskan bahawa tiada senjata api dan seumpamanya di dalam kapal berkenaan.  Aneh juga tiada wakil CNN dan BBC di dalam misi itu.

Yang jelas Israel telah mencabuli hak asasi kemanusiaan.

4 comments:

BID said...

Aslmkm.
Ya sungguh kejam!!!

Anonymous said...

Aslmkm.
Mereka tu dah tak lut segala kejian & nista! Kejam tahap maksima & tak makan saman lagi!

SITIJA said...

Salam.
Kekejaman mereka sudah terserlah, dan memaksa mereka bertindak utk membebaskan ramai tahanan. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Aslmkm.
Lalu saja le. :)