Cuti sekolah yang panjang seperti sekarang ini dipenuhi dengan acara berkhatan atau bersunat juga. Budak lelaki selalunya melalui acara ini dengan penuh adat yang gemilang. Tetapi acara bersunat untuk kanak perempuan tidak pula.
Apabila anak lelaki mereka berkhatan, ada ibu bapa yang mengadakan majlis kenduri doa selamat yang besar juga. Malah ada kalangan yang siap dengan jemputan menggunakan kad lagi. Kiranya memang meriah seolah-olah seperti majlis akad nikah juga.
Jika melakukan acara bersunat untuk anak perempuan, hampir semuanya melakukan secara senyap-senyap. Kalau ada yang diberitahu itu, mereka adalah saudara mara terdekat.
Ini memang satu kenyataan. Mungkin kerana ramai takut anak perempuan akan berasa malu, sedangkan anak lelaki pula merasa bangga untuk memikul tanggung-jawap sebagai ketua keluarga.
7 comments:
Salam Raisa.
Ya la .. anak perempuan tentu akan rasa malu!
Salam Kak Nori.
Memang anak perempuan akan rasa malu!
Salam ziarah.
:) Jelas antara dua jantina tak sama!
Aslmkm.
:) Al maklum la!
Tapi my time dulu ... meraung habis ... jadi yang tak tahu jadi tahu! :)
Salam Raisa.
Mesti la! Hehe.
Salam Raisa.
Pasti la begitu! Hehe.
Salam ziarah.
:)
Post a Comment