Saturday, October 16, 2010

MENOLONG MEMBAWA PADAH

Kekadang orang yang melakukan kesalahan undang-undang adalah pelaku sampingan yang kebetulan berada di lokasi  Mereka mungkin melibatkan diri secara sedar atau terlibat kerana obligasi atas ikatan darah, kawan atau pekerjaan.

Saya rasa simpati juga kepada kedua-dua pesalah yang juga pekerja di ladang tertuduh utama.  Mereka telah mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad itu.  Sepertinya mereka adalah juga mangsa keadaan.

Mereka insaf dan sempat memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia kerana terlibat dalam jenayah menghilangkan bahan bukti.  Caranya adalah dengan bantu membakar mayat dan membuang abu mayat keempat-empat mangsa bagi mengelakkan tertuduh utama dalam kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.

Pastinya oleh kerana kemiskinan mereka bekerja di ladang kepunyaan tertuduh, dan atas tiket itu mereka turut membantu membereskan kerja yang berbentuk kriminal ini.  Kiranya ini menolong yang membawa padah kerana perbuatan mereka merupakan jenayah.

Kalau dikaji dari aspek sosial, mereka adalah mangsa keadaan.

6 comments:

ASAN said...

Salam Raisa.
Di dalam masyarakat bawahan 7g kurang pendidikan & pelajaran, perkara seperti ini sering menjeratkan diri mereka.

Anonymous said...

Aslmkm.
Nasihat orang tua2 harus digunapakai ... kata mereka:
'Buat baik berpada-pada & mara jangan dipukat!'

SITIJA said...

Salam Raisa.
Bila ikut saja .. memang akan bawa padah!

BID said...

Aslmkm.
Itu la jangan ikut saja apa disuruh orang! Padahnya sendiri tanggung!

ROHAM said...

Salam Raisa.
Kita jadikan sempadan & ingatan!

ROHA said...

Salam Raisa.
Kita memang mesti berhati2 sentiasa!