Friday, October 8, 2010

BERPESTA MENGALAHKAN YANG BERPUASA

Bila dilihat dan direnong, ini memang kenyataan.  Ramai sungguh orang membuat rumah terbuka.  Sana sini, dan banyak yang sudah tidak tunggu hari minggu saja lagi.

Bila diamat-amati, rupanya orang-orang yang lebih-lebih beraya ini terdiri mereka yang diragui iman mereka.  Memang benar, mereka yang tak berpuasa dan ciput amalan serta cetek ilmu agama Islam yang beraya sakan!

Saya berkata tentang mereka yang saya memang kenal dan tahu.  Ada jiran, ada sahabat niaga kawan rapat.

Apa yang lebih menyedihkan lagi mereka mencemarkan 'Raya' dengan salaman dan pelukan bermaaf-maafan.  Kemudian ada minuman keras ikut disajikan juga.

Aduh!!! SEDIHNYA!

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kak G juga buat observation yg sama. Astaghfirullahal azim.
Dunia akhir zaman ini macam2 jadinya.
Kita baiki diri kita ... semoga menjadi tauladan. Amin.

SITIJA said...

Salam Raisa.
Memang kenyataan!

ASAN said...

Salam Raisa.
Lumrah kehidupan!

DANZ said...

Salam Raisa.
Memang sifat suka menunjuk & mengada!
Tak kenal Tuhan .. begitu la jadinya!

BID said...

Aslmkm.
Biasa la tu! Hehe.