Friday, July 23, 2010

MUSIBAH TAK DISANGKA

Hari ini saya sekeluarga mengalami satu peristiwa pahit.  Saya ingin bercerita sekadar untuk menghilangkan rasa sedih, dan juga semoga ini dapat dijadikan satu pengajaran.

Petang tadi saya membuangkan cincin perkahwinan dari jari tangan dan meletakannya di meja makan kerana mahu mengeluarkan bahan beku dari peti sejuk untuk buat lauk makan malam.  Suami saya pula meninggalkan beg tangan saya di meja yang sama.

Di dalam menguruskan sedikit kerja dapur tu saya tidak begitu mengambil perhatian tentang beg tangan dan cincin yang diletakkan di atas meja.  Tetapi setelah selesai, ketika saya mahu mengambil cincin dan beg, saya dapati cincin saya sudah tiada.  Saya ingatkan suami saya membawanya naik ke bilik.  Jadi saya terus saja naik ke bilik.

Saya menjadi gelabah dan resah apabila suami saya memberitahu beliau tidak membawanya naik.  Malah memang benar beliau turut meletakkan beg tangan saya di meja juga.  Kami sama-sama bergegas turun, mencari di meja dan juga di bawahnya kalau-kalau tergolek jatuh.  Masa itu saya tidak terlintas pun untuk memeriksa beg juga.

Ketika kejadian tadi tu, hanya anak jiran yang datang meminta daun pandan dan masuk ke dalam rumah sekejap.  Pembantu rumah pergi ke pasar malam bersama anak perempuan saya untuk membeli sedikit barang dapur.

Saya bertanya kepada anak jiran, tetapi katanya dia tidak nampak cincin saya.  Ibunya sudah mengherdik kerana mensabitkan anaknya.

Tetapi yang jelas cincin itu hilang.  Kemudaian baru saya sedar duit saya sebanyak RM 500 dalam kepingan nilai RM 100 juga hilang.

Memang tidak baik untuk mesyakki orang.  Namun hakikatnya, pada masa itu hanya anak jiran saja yang ada bersama saya di ruang dapur di mana meja makan berada.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Yang namanya musibah tu begitulah .. redha la menerima, insya Allah pasti ada hikmahnya.

ASAN said...

Salam Raisa.
Semua datang dari Allah SWT. Selagi rezeki kita, adalah! Bila terjadi begini bererti bukan lagi rezeki kita. Sabar sajalah. Ada rezeki yg lebih baik tu!

KERI said...

Salam Raisa.
Jika rezeki kita lagi, tentu ada!

Anonymous said...

Aslmkm.
Jengah jer. :)