Tuesday, February 8, 2011

'THE BACHELORETTE'

Seminggu ini kalangan kawan-kawan asyik bercerita tentang siri mencari jodoh iaitu rancangan 'The Bachelor' dan 'The Bachelorette' yang disiarkan di Astro.  Bunyinya pelek.  Jadi saya pun ikut tengok juga.

Rupanya ada insan-insan yang sanggup melakukan begitu.  Mungkin la kerana budaya merea membolehkan pelukan dan ciuman di antara lelaki dan perempuan sewenangnya saja.

Tapi rasa geli pula melihat 'bachelor & bachelorette' tu boleh bertukar-tukar pasangan dengan berlainan orang sebagai teman asmaranya dalam misi mencari pasangan hidup yang sesuai untuk dirinya.  Lebih-lebih lagi bagi rancangan di mana seorang perempuan mencari calon suami dari kalangan yang bermula dengan 25 orang lelaki.

Biarpun merea bukan Islam, dari segi moral saja pun rasanya amat janggal.  Jelas nampak amat murahan!

5 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Itu jelas bukan Islam.
Yang mengaku Islam, banyak sumbangnya juga!
Astaghfar je la banyak2. Doakan semoga dijauhkan dari berlaku kepada anak cucu keturunan kita & mereka yang terlanjur tu segera insaf.

ASAN said...

Salam.
Hehe .. mereka jelas berbeza!
Tapi kata Kak G memang benar!

RAM said...

Salam Raisa.
Saya setuju dengan Datin.
Memang dunia akhir zaman!

KERI said...

Salam Raisa.
Program mencari jodoh ala Barat ikut acuan budaya mereka la tu.

BID said...

Aslmkm.
Rancangan Barat! Unsur Barat!