Kata suami dan anak-anak hari ni cuti-cuti duduk rumah sajalah. Bukan apa selalunya setiap tahun mereka sedih melihat seperti berlaku penderaan terhadap sesama insan dan kanak-kanak di hari Thaipusam. Nak diapakan kerana itu kepercayaan mereka.
Bila duduk rumah sepanjang hari tu, memang tak cukup dengan makan nasi. Ada nak makan snek dan ada nak makan kueh.
Hari ini rasa rajin pula sedikit. Jadi saya buat ketayap untuk makan petang. Abahnya teringin pulak nak makan pulut inti. Ada sedikit beras pulut tu, jadi dimasak jugalah. Sudikanlah makan bersama. Hehe.

