Wednesday, December 15, 2010

JANGAN MENUDING SAJA, AWAK PUN SAMA

Tak habis-habis mereka ni nak menunjukkan benang basah pun boleh ditegakkan.  Benang kering sekalipun bukan senang nak tegak!

Senang kan kalau asyik mencari salah orang?  Bukan payah juga asyik nak tindih menindas apabila orang yang tergelincir rebah.  Inilah cara pemikiran orang yang singkat pandangan dan berhati serong dan atau pun busuk.

Sekarang sudah ada gambar juga menunjukkan yang UMNO pun dua kali lima juga membayar wang tambang untuk pengundi untuk pilihanraya kecil di Galas tempuhari.  Apa kes?

Hari tu berapi-api UMNO dan BN hentam PAS kerana memberi wang seumpama ini.  Siap pegawai atasan Suruhanjaya Pilihanraya memberi amaran akan mengambil tindakan!  Setakad hari ini semua pihak ini terus membisu.

Jangan mudah menuding jari kepada orang.  Cermin dulu diri di cermin yang terang dan bersih.  Cuba lihat bayang di cermin tu - satu jari tunjuk pada orang, sekurang-kurangnya tiga jari menunjuk balik tepat kepada diri sendiri.  Asyik duduk mengata orang, rupanya awak pun sama saja!

Sudah-sudahlah dengan semua sandiwara bodoh.  Tak usah buangkan banyak masa mencari siapa salah saja.  Tentu lebih konstruktif jika kita sama-sama fikirkan bagaimana nak menyelesaikan masaalah.

5 comments:

Nori said...

Salam Raisa.
Itu resam manusia .. cepat cari salah orang, tutup2 salah sendiri!

ASAN said...

Salam Raisa.
Memang manusia banyak kelemahan diri, tapi tetap juga membesarkan kesalahan orang lain!

Anonymous said...

Aslmkm.
Kadang2 orang mengata atau menuduh orang lain untuk mengelakkan orang ramai mempersalahkan diri mereka!

ROHA said...

Salam Raisa.
Memang orang begitu .. suka cari salah orang!

KERI said...

Salam Raisa.
Sukar mendapat orang yang menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.