Saturday, June 12, 2010

TAHAP KESELAMATAN MENAKUTKAN

Akhir-akhir ini sepertinya di mana-mana pun keadaannya adalah tidak selamat untuk orang ramai.  Sudah sering pula orang awam diserang hingga ke tahap fatal.  Mangsa menjadi korban serangan di tempat-tempat awam seperti restoran.

Tahap keselamatan di bandar di tempat terang dengan ramai orang pun berlaku jenayah.  Bila membaca berita terkini tentang pelayan restoran yang ditembak mati dari jarak dekat, ia adalah sesuatu yang menakutkan.

[Jika ingin mengetahui tentang peristiwa itu teruskanlah membaca selanjutnya.]
Pelayan restoran mati ditembak dari jarak dekat

2010/06/12
PETALING JAYA: Seorang pelayan restoran warganegara India mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Kota Damansara di sini, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Abd Razak Eliyas, berkata ketika kejadian lelaki berusia 30-an itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke asramanya yang terletak selang dua pintu daripada tempat dia bekerja.

"Hasil pemeriksaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis itu mendapati seorang suspek yang lengkap memakai topi keledar bertutup penuh, dipercayai sudah menunggu kepulangan mangsa kira-kira 15 minit lamanya. Sebaik sahaja melihat kelibat mangsa, suspek yang berdiri berhampiran tangga menuju ke tingkat atas asrama terus melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian perut mangsa dan kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam yang menunggu di tepi jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan kecederaan parah di perut dan disahkan mati pada jam 1.30 pagi.

Beliau berkata polis menemui satu kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian dan percaya dendam adalah motif pembunuhan lelaki berkenaan yang baru empat bulan bekerja di restoran berkenaan.

"Kami juga percaya kejadian itu sudah dirancang awal serta tidak menolak wujud pembunuh upahan, namun siasatan masih lagi dijalankan," katanya.

Polis kini memburu suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

1 comment:

SITIJA said...

Salam Raisa.
Anda pun menukar wajah ya? Sama2lah kita.
Mmg benar tahap jenayah sekarang menakutkan!