Sunday, August 22, 2010

WABAK MAKAN LUAR

Dari dulu pun kaum lelaki suka makan luar.  Bezanya sekarang mereka mempunyai pelbagai pilihan: hendak makan yang murahan yang mudah didapat, atau hendak yang eksklusif yang ada kelas!

Nampaknya kemajuan dan pembangunan membawa arus perubahan juga di dalam kancah dosa yang besar ini.  Lebih ramai yang berani melakukan dosa secara terang-terangan.  Sesetengah tempat elit tu sepertinya mendapat perlindungan.

Tentunya mereka yang terdorong ke arah ini adalah mereka yang tiada beriman atau amat tipis sekali tahap keimanan mereka.  Jika ada bibit keimanan, takkan mungkin mereka akan melanggar larangan Allah SWT yang nyata.

Selain itu rasa amat tidak logik bila seseorang itu sanggup membelanjakan wang ringgit yang banyak di tempat-tempat yang penuh dengan ruang-ruang dosa.  Tambahan pula sarang-sarang dosa ini menjadi tempat singgah semua golongan umur, termasuk yang sudah tua bangka yang sering diseru datang oleh kubur.

Kalau diperhatikan wabak makan keluar dan gejala sosial ini juga amat menular dan serious.  Mereka mengalami kerosakan akhlak dan sukar meninggalkan kemungkaran.

Jika semua orang sedia terima kenyataan, ramai dari kalangan ini adalah orang Melayu.  Ada dari kalangan tegar ini malah berani mengaku bahawa, 'malangnya saya dilahirkan seorang Melayu ... Islam dipaksakan kerana kelahiran itu!'

2 comments:

Panglima Muda said...

banyak pulak cekadaknya bila orang melayu kata dia dia dipaksa keislamannnya... kita tembak mati aje dia tu

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Memang sukar ... mesti balik ke masaalah pokok dulu ...
Pandeknya, semua orang mesti menangani gejala seperti sebagai seorang yang beriman.